Tuesday, March 30, 2010

Coretan Hati Learning Camp 2010








17.03.2010,hari pertama di Bukit Cerakah,Shah Alam,Selangor dimana camping kami akan bermula selepas gagal mendapat transport ke Janda Baik. Hati semua berbelah bahagi untuk pergi kerana takut tiada kepuasan tetapi berlaku sebaliknya dimana camp ini banyak mengajar kami lebih dewasa mengenal alam semulajadi yang terdapat di Bukit Cerakah. Disebalik kegagalan untuk ke Janda Baik ada hikmah disebalik kejadian.Bermulalah episod perjuangan yang belum selesai selama 4 hari disana. Hari Pertama datang disini banyak benda yang kami tak tahu,tapi berkat tenaga pengajar En Shawn,En Yasir, En Dasri,En Hafiz dan En John banyak benda yang kami pelajari seperti membina khemah pusat terlebih dulu.Terbelit2 tangan nak rewind balik apa yang dipelajari dalam kelas yang diajar oleh En Hiasyam. Saya dan piee dibimbing oleh En Dasri buat wirering supaya kami tak bergelap pada malam hari. Pelbagai kerenah dapat dilihat kerana kebanyakkan peserta first time masuk camp...Selepas selesai mendirikan khemah pusat,khemah dapur dan membuat wirering kami dipanggil untuk diberi taklimat mengenai program yang dijalankan... Sebelum diberi taklimat En Yasir menyuruh kami supaya keluarkan barang2 berharga untuk disimpan seperti Kad Pengenalan, Beg duit,barangan keperluan lelaki seperti rokok,minyak wangi,deodarant,minyak rambut dan sebagainya...kami semua mengeluh resah apabila
banyak barang akan disimpan,pelbagai gelagat dapat diperhatikan...Huhuhuhu

No comments: