Wednesday, March 31, 2010

18.03.2010









Hari kedua banyak aktiviti mencabar fizikal dan mental...Dimana hari yang sangat mencabar untuk kami...Tepat Jam 0800 kami bersiap sedia untuk aktiviti seterusnya iaitu berkayak di Tasik Shah Alam. Jam menunjukkan 0830 kami tiba di Tasik Shah Alam untuk aktiviti seterusnya dimana kami akan mempelajari asas berkayak yang akan ditunjukkan oleh En Shawn... Sebelum kami turun ke Tasik Shah Alam kami diberi taklimat serba sedikit tentang anatomi kayak dan sedikit senaman oleh En Shawn... Pengalaman pertama minum air Tasik Shah Alam selepas melakukan "Capsive Drill" amat memenatkan...Habis kayak kami masuk air...Pengalaman pertama jugak menukar posisi atas kayak...Hati sangat berdebar2...Fuuuhhhhh....Selepas daripada aktiviti berkayak kami terus ke aktiviti seterusnya yang sangat mencabar fizikal iaitu "Blind Trail",aktiviti banyak menguji peserta bagaimana cara untuk bersyukur atas nikmat Allah yang paling berharga... Ada segelintir peserta tidak suka buat aktiviti ini kerana jijik dan kotor pada kami ia amat mencabar dan best untuk dilakukan sekali lagi...Aktiviti setrusnya menuji daya ketahanan peserta dimana kami akan ditinggalkan didalam hutan supaya hidup berdikari dengan beberapa bahan makanan yang minima...."Survival" mengajar kami cara bersyukur atas nikmat kurnian Allah S.W.T walaupun semalaman... Pengalaman ini banyak mendewasakan kami untuk lebih dewasa...

No comments: