Thursday, April 15, 2010

20.03.2010







Hari terakhir kami semua bercamping bagi memenuhi kehendak kursus rasa nak tambah lagi aktiviti yang ada...Satu pengalaman yang menyeronokkan.Akan ku abadikan satu kenangan yang tak akan dilupakan sepajang hayat...Aktiviti hari terakhir memang mencabar dengan aktiviti abselling sehingga terketar2 membaca doa...Alhamdullilah semua selamat semuanya...Aku bersyukur dengan aktiviti yang dilakukan....Selepas dari aktiviti kami ada test mengenai tali...

Monday, April 5, 2010

19.03.2010













Hari ketiga kami mulakan dengan Sarapan Minda iaitu Energizer masing2 semua liat skit nak bangun sebab keletihan melakukan aktiviti semalaman... Aktiviti yang kami lakukan seawal pagi tepat Jam 0700 banyak menyedarkan dari lamunan mimpi dimana aktiviti yang dilakukan sangat best...Aktiviti yang dipimpin oleh En Dasri... Pengalaman pertama yang kami timba supaya menjadi work team yang kuat...Tapi malang tiada gambar untuk saya attachkan sebab kehabisan bateri...Selepas daripada aktiviti "Energizer" kami terus bersihkan diri untuk melakukan aktiviti seterusnya iaitu "Low Rope Cause" yang akan dipimpin oleh En Shawn. Melalui aktiviti ini kami diajar bagaimana merentasi tali yang kami sendiri buat untuk aktiviti ini."Low Rope Cause" mengajar kami erti sebenar kerja sepasukan untuk menjadi satu team yang kuat pada masa hadapan dan mengajar erti ketabahan semua peserta.... Selepas selesai daripda aktiviti tersebut kami terus ke aktiviti setrusnya iaitu Barbeque yang akan diselia oleh kami semua dan dipantau oleh Team Tact...

Wednesday, March 31, 2010

18.03.2010









Hari kedua banyak aktiviti mencabar fizikal dan mental...Dimana hari yang sangat mencabar untuk kami...Tepat Jam 0800 kami bersiap sedia untuk aktiviti seterusnya iaitu berkayak di Tasik Shah Alam. Jam menunjukkan 0830 kami tiba di Tasik Shah Alam untuk aktiviti seterusnya dimana kami akan mempelajari asas berkayak yang akan ditunjukkan oleh En Shawn... Sebelum kami turun ke Tasik Shah Alam kami diberi taklimat serba sedikit tentang anatomi kayak dan sedikit senaman oleh En Shawn... Pengalaman pertama minum air Tasik Shah Alam selepas melakukan "Capsive Drill" amat memenatkan...Habis kayak kami masuk air...Pengalaman pertama jugak menukar posisi atas kayak...Hati sangat berdebar2...Fuuuhhhhh....Selepas daripada aktiviti berkayak kami terus ke aktiviti seterusnya yang sangat mencabar fizikal iaitu "Blind Trail",aktiviti banyak menguji peserta bagaimana cara untuk bersyukur atas nikmat Allah yang paling berharga... Ada segelintir peserta tidak suka buat aktiviti ini kerana jijik dan kotor pada kami ia amat mencabar dan best untuk dilakukan sekali lagi...Aktiviti setrusnya menuji daya ketahanan peserta dimana kami akan ditinggalkan didalam hutan supaya hidup berdikari dengan beberapa bahan makanan yang minima...."Survival" mengajar kami cara bersyukur atas nikmat kurnian Allah S.W.T walaupun semalaman... Pengalaman ini banyak mendewasakan kami untuk lebih dewasa...

Tuesday, March 30, 2010

17.03.2010 Learning Camp



























Hari pertama di Camp Learning ePJJ 2010 yang diadakan di Bukit Cerakah kami diberi taklimat mengenai aktiviti yang dijalan,kami tak diberikan jadual kerana ingin membuat kejutan dikalangan peserta. Selepas diberi taklimat mengenai aktiviti camp dan undang-undang camp kami semua terus ke aktiviti pertama iaitu Ice Breaking banayk benda yang kami pelajari dari aktiviti yang dijalankan. Sungguh menyeronokkan,pelbagai gelagat dan reaksi dari para perserta... Selapas habis melakukan aktiviti pertama kami semua kan pergi ke Kem Pusat untuk aktiviti seterusnya,aktiviti kami setrusnya kami akan mempelajari asas tentang "First Aid" yang akan disampaikan oleh En Yasir....Banyak yang kami pelajari seperti DRABC,RICE,Ikatan Anduh apabila berlakunya kecederaan...Disini kami ada seorang adik volunteer iaitu Adik Hosni apabila membuat pelbagai aktiviti yang dijalankan. Banyak benda baru yag kami pelajari. Selepas dari pada itu kami terus ke kolam ranang untuk mempelajari "Water Safety" & "Water Confident" pelbagai gelagat dapat diperhatikan seperti kurang keyakinan bila berada di dalam air....Itu semua dapat diatasi apabila diajar oleh En Shawn& En Yasir....Selepas aktiviti yang dijalankan kami terus membersihkan diri sementara menunggu untuk makan dan aktiviti seterusnya iaitu kami akan mempelajari pelbagai ikatan yang akan diberikan oleh En Yasir...Seterusnya kami mempelajari anatomi kompas yang diberikan oleh En Mustaqim banyak benda yang kami pelajari untuk aktiviti seterusnya....Selepas daripada aktiviti kompas kami terus ke aktiviti seterusnya iaitu "Night Walk" dibimbing oleh En Dasri....

Coretan Hati Learning Camp 2010








17.03.2010,hari pertama di Bukit Cerakah,Shah Alam,Selangor dimana camping kami akan bermula selepas gagal mendapat transport ke Janda Baik. Hati semua berbelah bahagi untuk pergi kerana takut tiada kepuasan tetapi berlaku sebaliknya dimana camp ini banyak mengajar kami lebih dewasa mengenal alam semulajadi yang terdapat di Bukit Cerakah. Disebalik kegagalan untuk ke Janda Baik ada hikmah disebalik kejadian.Bermulalah episod perjuangan yang belum selesai selama 4 hari disana. Hari Pertama datang disini banyak benda yang kami tak tahu,tapi berkat tenaga pengajar En Shawn,En Yasir, En Dasri,En Hafiz dan En John banyak benda yang kami pelajari seperti membina khemah pusat terlebih dulu.Terbelit2 tangan nak rewind balik apa yang dipelajari dalam kelas yang diajar oleh En Hiasyam. Saya dan piee dibimbing oleh En Dasri buat wirering supaya kami tak bergelap pada malam hari. Pelbagai kerenah dapat dilihat kerana kebanyakkan peserta first time masuk camp...Selepas selesai mendirikan khemah pusat,khemah dapur dan membuat wirering kami dipanggil untuk diberi taklimat mengenai program yang dijalankan... Sebelum diberi taklimat En Yasir menyuruh kami supaya keluarkan barang2 berharga untuk disimpan seperti Kad Pengenalan, Beg duit,barangan keperluan lelaki seperti rokok,minyak wangi,deodarant,minyak rambut dan sebagainya...kami semua mengeluh resah apabila
banyak barang akan disimpan,pelbagai gelagat dapat diperhatikan...Huhuhuhu

Tuesday, March 23, 2010

Seminar 4

Pagi yang dingin dengan angin sepoi2 bahasa...Hari ini belajar mengenai ilmu kayak yang akan dibimbing oleh En Hisyam...En Hisyam menunjukkkan anatomi mengenai kayak...Tiap2 tahun kuar soalan...Kena hafal semuanya...Minggu nie kami semua akan ke Camping....

Monday, March 1, 2010


Baru lepas belajar berenang...

Thursday, February 25, 2010

Thursday, February 11, 2010

Seminar 3

Hari yang sungguh menyeronokkan belajar pasal kompas dalam kelas pas2 kat luar bangunan Fakulti Sains Sukan & Rekreasi...Baru nak belajar pagi 2 kelas pulak tutup...Tapi tak pe dengan sedikit ilmu yang dipelajari pada seminar 3 amat mendalam bagi kawan2 ku dan aku sekali...terima kasih En Hisyam..

Wednesday, January 20, 2010

Seminar 2

Seminar kali ini aku akan mempelajari pelbagai jenis ikatan dan pertolongan cemas yang diajar oleh En Hisyam...Tidak sabar rasanya...Kalau ikatan aku tau buku sila jer itu pun ingat2 lupa...Maklum lar da lama tinggalkan...
Selepas mempelajari semua iktan yang diajar oleh En Hisyam rasa seronok dapat mengenali pelbagai ikatan...First time belajar terbelit-belit tangan nak mempelajari ikatan untuk camping nanti...

Sunday, January 10, 2010

Seminar 1

Assalamualaikum...
Hari ini hati terasa berdebar nak jumpa lecturer baru yang akan mengajar aku untuk semester 4 tahun nie...tahun ini merupakan satu pengalaman abadi yang tidak akan dilupakan apabila akan mengikuti kursus Outdoor Recreation yang akan menyematkan satu pengalaman indah...
tepat jam 0830 seorang lecturer En Hisyam Bin Che Mat seorang lecturer yang sporting dan cool masuk mengajar kami walaupun takramai di dalam kelas cuma 9 orang pelajar sahaja biasa lar ePJJ...
Banyak taklimat dan tunjuk ajar yang En Hisyam berikan tentang kursus yang diajarnya..Mungkin lepas Tahun Baru Cina kami akan keluar berkreasi untuk memenuhi kehendak kursus yang dipelajari...InsyaAllah...
Tetapi hatiku dalam dilema memikirkan anak didalam kandungan isteriku menanti hari untuk bersalin...